Asal-usul dan sejarah istilah Politik_haluan_kiri

Istilah ini berasal daripada zaman Revolusi Perancis, apabila timbalan-timbalan liberal dari Estet Ketiga kebanyakannya duduk di kiri kerusi presiden, dalam satu tabiat yang bermula di Estet Jeneral pada tahun 1789. Golongan bangsawan, iaitu ahli-ahli Estet Kedua pula, tertumpu di sebelah kanan. Dalam dewan-dewan undangan yang berikutnya, penyokong-penyokong pemerintahan beraja yang mendukung Rejim Ancien sering digelar golongan kanan kerana tertumpu di sebelah kanan. Di Dewan Negara Perancis amalan wakil-wakil duduk di sebelah kanan atau kiri kerusi presiden Dewan mengikut kecenderungan politik masing-masing masih diteruskan sehingga ke hari ini.

Dalam wacana politik Barat masa kini, istilah ini sering digunakan untuk menyifatkan bentuk-bentuk sosialisme, demokrasi sosial, atau liberalisme dalam pemahaman istilah berkenaan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Sesetengah pihak, termasuk Roger Scruton, menafikan bahawa politik hijau memang "berhaluan kiri" dengan mendakwa (dengan merujuk kepada kemusnahan alam sekitar yang berlaku di rejim-rejim komunis seperti Kesatuan Soviet) bahawa konservatisme ialah tempat asal semula jadi pemuliharaan. Pendukung-pendukung libertarian mendaka bahawa pihak-pihak yang memegang hak milik kebih berkemungkinan menjaga harta milik sendiri dengan lebih baik berbanding harta yang dikongsi. Kebanyakan pendukung politik hijau pula mengaitkan sayap kanan dengan eksploitasi sumber alam dalam pasaran bebas. Apabila ahli-ahli politik hijau membentuk gabungan politik (khususnya di Jerman, bahkan juga di kerajaan tempatan di negara lain), selalunya kumpulan-kumpulan itu berhaluan kiri[perlu rujukan], kecuali adanya Parti-parti hijau yang menyertai kerajaan kanan tengah seperti di Mexico dalam Parti Tindakan Nasional; dalam gabungan "hijau biru" 4 parti di Finland; dan, pada 9 Mac 2004, Indulis Emsis dari Kesatuan Ahli Politik Hijau dan Petani Latvia menjadi Perdana Menteri Hijau pertama di dunia, selaku ketua gabungan kanan tengah minoriti.